oh tuhan,
berikanlah aku,
kekuatan menempuhi dugaanmu,
aku percaya ada hikmahnya,
disetiap dugaan yang ku terima,
andainya hatiku bersuara,
pastinya ia akan berkata,
cukuplah sayang,
aku tidak berdaya,
mengharungi segala sengsara..
berapa kali harus aku terluka.
barulah kan ku sadar,
cintaku tidak layak untuk dirinya,
mengapa harus aku setia disisinya,
tidak ku mengerti,
tidak ku fahami..
seperti insan biasa aku ingin bahagia,
mencintai dan dicintai tiada duanya,
andai terlampau permintaanku,
ini,
maafkanlah kasih..
~LOVE is something that we can sad of.. we can crying because of LOVE,, but LOVE is something that we cannot push of.. ~
Can't Help Falling In Love With You
(s*r*n*e)
Unknown
at
19:16
Friday, 11 September 2015
wise men say only fools rush in
but I can't help falling in love with you
shall I stay?
would it be a sin?
if I can't help falling in love with you
like a river flows surely to the sea
darling so it goes
some things are meant to be
take my hand
take my whole life too
for I can't help falling in love with you
like a river flows surely to the sea
darling so it goes
some things are meant to be
take my hand
take my whole life too
can't help falling in love with you
can't help falling in love with you
but I can't help falling in love with you
shall I stay?
would it be a sin?
if I can't help falling in love with you
like a river flows surely to the sea
darling so it goes
some things are meant to be
take my hand
take my whole life too
for I can't help falling in love with you
like a river flows surely to the sea
darling so it goes
some things are meant to be
take my hand
take my whole life too
can't help falling in love with you
can't help falling in love with you
coretan hatiku~
(s*r*n*e)
Unknown
at
22:36
Monday, 7 September 2015
Sukar
bagi diriku untuk menerima kenyataan hidupku sekarang. Bagaikan tidak ku
percaya. Inilah yang dinamakan permainan takdir. Umurku kini 19 tahun. Pada
mulanya, semasa umur saya 18 tahun ingin sekali ku merasai kehidupan di asasi.
Tetapi apakan daya hanya matrikulasi sahaja tempat pilihan yang aku ada. Itu
semua bukanlah halangan bagi diriku. Aku teruskan sahaja dengan rasa gembira
dan hati yang terbuka. Tetapi hari demi hari kehidupan di matrikulasi semakin
sukar untuk ku tempuhi. Hal ini kerana masa belajar di sana sangat terhad dan aku
mengambil aliran sains. Sebelum mendapat keputusan matrikulasi aku juga sedang
menunggu keputusan untuk temuduga calon guru. Aku memang tidak mengharapkan aku
mendapat keputusan itu. Ummi yang beria-ia supaya aku dapat memasuki IPG.
Apabila
merasai kehidupan di matrikulasi aku memang dengan rela hati inginku
meniggalkan kehidupan di matrikulasi. Tetapi apakan daya, rezekiku tiada pada
masa itu. Keputusan temuduga calon guru tidak ku lepasi. Itu semua bukan
penghalang untuk meneruskan kehidupan. Dengan tekad dan azam yang kuat, dengan
mempositifkan yang negatif aku dapat meneruskan kehidupan yang sukar di sana.
Tidaklah teruk mana kehidupan di sana apabila sudah membiasakan diri. Akhirnya
dapat juga aku meneruskan sehingga tamat pengajian di matrikulasi. Apabila
sudah menamatkan pengajian di matikulasi, pemikiranku hanyalah tertumpu pada
aliran yang diambil semasa berada di sana iaitu aliran sains. Keputusanku
bolehlah dianggap baik walaupun bukan cemerlang.
Sungguh,
aku meletakkan harapan yang tinggi untuk meneruskan dalam jurusan sains. Tetapi
apakan daya, ibubapaku inginku menjadi seorang guru. Hal ini disebabkan oleh
faktor mereka adalah seorang pendidik. Jadi mereka ingin salah seorang daripada
anak mereka mengikuti jejak langkah mereka dan anak pilihan itu adalah aku. Mereka
tahu bahawa aku akan mengikut apa sahaja yang mereka inginkan. Apabila aku
dapat tawaran untuk meneruskan pengajian di Institusi Pendidikan Guru (IPG)
mereka sangat gembira. Tetapi sebaliknya pula bagiku. Begitulah yang berlaku
semasa aku pergi untuk sesi temuduga. Aku merasakan yang aku bermain-main
semasa interview. Aku tidak interview dengan betul-betul. Setiap
malam aku memikirkan betulkah pilihanku? Inikah takdirku? Pilihan yang sukar
untuk dijawab. Apakan daya, dalam keterpaksaan aku merelakan. Andai itu
takdirNya. Keputusan ini sangat memberi impak kepada jiwa dan ragaku. Perasaan
bercampur baur wujud dalam diriku. Lebih-lebih lagi kos yang diterima adalah
kos pendididkan khas. Jauh daripada pilihanku menginginkan kos sains.
Semasa
hari pendaftaran hanya senyuman plastik yang dapat aku lemparkan kepada kedua
ibu bapaku. Biarlah mereka mengetahui aku gembira berada disini. Biarkanlah. Tetapi
hanya Allah sahaja yang tahu perasaanku. Perasaan yang tak dapat diungkapkan dengan
perkataan dan betapa sakitnya memberi senyuman itu. Aku tidak memberitahu
rakan-rakanku yang aku memasuki IPG. Hanya sahabat terdekat sahaja aku beritahu
dan meminta sokongan serta nasihat supaya aku terus kuat berada di sini.
Jangkaanku
apabila sampai di sini adalah tempat ini suatu tempat yang membosankan. Tempat
di mana aku merasakan asrama bagaikan tidak ceria. Tiada apa yang menarik
bagiku disini. Semuanya bagaikan ada sahaja yang tidak kena. Begitulah jika hati
tiada di sini. Hatiku hilang terbang entah ke mana tetapi yang pasti bukan di
IPGKPM. Hatiku hilang. Apabila sudah menjalani minggu orentasi aku cuba untuk
mencari keceriaan itu sendiri. Dengan itu dapatlah diri ini merasakan sedikit
aura keceriaan. Aura di mana sukar untuk mendapatkannya di IPG lain. Aura yang
meletakkan Allah sebagai nombor 1 sebelum perkara lain.
Semasa
minggu orentasi kami diwajibkan menghafal satu lagu iaitu lagu Institut
Pendidikan Guru. Hanya dengan satu baris ayat iaitu “kami bangga menjadi guru” membuatkan
mutiara hangat mengalir dipipiku. Aku sendiri tidak pasti mengapa. Pelik bukan?
Itulah yang berlaku sepanjang minggu orentasi semasa mendengar baris tersebut. Tetapi
aku gagahi jua perasaanku dengan satu rangkap ayat yang aku kurang pasti dimana
aku dapati yang berbunyi:
This world is design to break your heart,
It is design that way,
If you’re looking to be happy in the dunya,
You’re in the wrong place..
Ayah
menyuruhku membuat solat istikharah untuk menetapkan hati disini. Dan sepanjang
minggu orentasi jugalah aku melakukan solat istikharah. Aku mula memikirkan
mungkin ini adalah yang terbaik untuk diriku. Heart can change right? Itulah ayat yang mula bermain difikiranku.
Minggu
orentasi adalah minggu yang memenatkan. Tiada dalam sejarah yang mengatakan
bahawa minggu orentasi adalah minggu yang tidak memenatkan. Pada minggu
orentasi, dapatku mengenali beberapa orang yang bakal menjadi rakan
seperjuanganku sepanjang 5 tahun tempohku berada disini. Suatu jangka yang
mungkin nampak lama tetapi singkat. Walaupun hati masih memprotes untuk
meneruskan pengajian di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka, tetapi tetap ku menabahkan
hati untuk meneruskan minggu orentasi dan meneruskan perjuanganku yang baru
sahaja hendak bermula. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku terhadap
diriku. “Allah tidak akan menguji hambaNya selain daripada kemampuan dirimu”.
Tidak dinafikan, lama kelamaan hatiku bagai sudah terpaut dengan kos yang ku
ambil. Mungkin ada baiknya, kerana mengajar kanak-kanak istimewa ini tidaklah
kaya di dunia, tetapi kaya di akhirat. Alhamdulillah.
Cita-cita
ku selepas ini adalah untuk meneruskan pengajianku di sini sehingga tamat dan bercita-cita
untuk menjadi seorang pendidik yang berjaya menawan hati pelajarnya dan dikasihi
pelajar dan masyarakat skeliling serta manjadi pendidik yang berdisiplin. Bukan
itu shaja malah saya ingin menjadi seorang pendidik yang berfikiran kreatif dan
inovati serta seorang guru yang serba boleh selain menjadi seorang khalifah di
atas muka bumi ini. Walaupun hatiku boleh dikatakan belum sepenuhnya di sini,
ingin ku mencuba untuk melakukan yang terbaik untuk masa depanku dan untuk
kebahagiaan kedua ibu bapaku yang amat dikasihi. Terima kasih atas takdirMu.
Seandainya inilah jalan yang terbaik untukku, maka tetapkanlah hatiku disini.
Aminn.
(s*r*n*e)
Subscribe to:
Posts (Atom)
Total Pageviews
Popular Posts
-
RAHSIA PENGIRAAN TARIKH LAHIR METAFIZIK CARA PENGIRAAN TARIKH LAHIR Misalnya : 22 Disember 1996 bersamaan dalam angka 22/12/1996 pengir...
-
JANUARI # BERCITA-CITA TINGGI DAN ORANGNYA SERIUS # SUKA MENDIDIK DAN DIDIDIK # SANGAT MUDAH MELIHAT KELEMAHAN ORANG DAN SUKA MENGKR...
-
oh tuhan, berikanlah aku, kekuatan menempuhi dugaanmu, aku percaya ada hikmahnya, disetiap dugaan yang ku terima, andainya hatiku bers...
-
assalamualaikum,, my new life will begin maybe next week.. huh,, I will be working like an officer.. oh,, no!! my time to online will be ...
-
kimi wo suki ni natte dorekurai tatsu no kana? kimochi fukurande yuuku bakari de kimi wa kono omoi kidzuiteiru no kana? ichido mo kotoba ...
-
DOA PEMBANGKIT DERIA KEENAM Astaghfirullah al Azim 100x Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad 100x La hau la wala qu...
-
what actually now I feel for you! I just don't know myself,, please.. I'm begging you to go away, far2 away from my life!! I just h...
-
✿~ ✿~ ✿~ ✿~ ✿~ ✿~ ✿~ ✿~ ✿~ ✿~ ✿~ ✿~ ✿~ ✿~ ✿~ ✿~ ✿~ ✿~ ✿~ ✿~ ✿~ ✿~ ✿~ ✿~ ✿~ ✿~ ✿ ALLAH "..Sesungguhnya Allah mencintai orang-ora...
-
there is thing in this world that you cannot get.. I know that feeling coz I always don't get what I want the most.. but we cannot b...
-
huh,, you must watch this movie.. it's fun! FAMILY. this story is about FAMILY.. yup! everyone have family right. you are not alone ...
quote
im going crazy
i think i should describe this feeling as love
ive never felt this way before
can you really fall for someone you love to hate?
i dont know
im not sure about myself anymore
for once i wanna be honest
do the right thing
there is something i have to tell you..
i,,
i,,
i like you..
#dairynangpengat
Blog Archive
About Me
Powered by Blogger.