eternal snow (japanes)

Friday, 25 December 2015
kimi wo suki ni natte dorekurai tatsu no kana?
kimochi fukurande yuuku bakari de
kimi wa kono omoi kidzuiteiru no kana?
ichido mo kotoba ni wa shintenai kedo

yuki no youni tada shizukani
furitsumori tsuzukete yuku

hold me tight konno omoi nara
dareka wo suki ni naru kimochi
shiritaku nakatta yo
I love you namida tomaranai
konnan ja kimi no koto
shirazuni ireba yokatta yo

kimi wo itsumade omotteiru no kana?
tameiki ga mado garasu kumoraseta

yureru kokoro tomosu kyandoru de
ima tokashite yukenai kana?

hold me tight oreru hodo tsuyoku
kogarashi fubuki ni deatte mo
samukunai youni to
I miss you kimi wo omou tabi
amikake no kono mafurra
konya mo hitori dakishimeru yo

eien ni furu yukiga aru nara
kimi he to tsudzuku kono omoi kakuseru no kana?

hold me tight konna omoi nara
dareka wo suki ni naru kimochi
shiritaku nakatta yo
I love you mune ni komiageru
fuyuzora ni sakebitai
ima sugu kimi ni aitai yo

hold me tight...

I love you...

resah di hati, tiada siapa tahu..

Tuesday, 15 September 2015
oh tuhan,
berikanlah aku,
kekuatan menempuhi dugaanmu,
aku percaya ada hikmahnya,
disetiap dugaan yang ku terima,

andainya hatiku bersuara,
pastinya ia akan berkata,
cukuplah sayang,
aku tidak berdaya,
mengharungi segala sengsara..

berapa kali harus aku terluka.
barulah kan ku sadar,
cintaku tidak layak untuk dirinya,
mengapa harus aku setia disisinya,
tidak ku mengerti,
tidak ku fahami..

seperti insan biasa aku ingin bahagia,
mencintai dan dicintai tiada duanya,
andai terlampau permintaanku,
ini,
maafkanlah kasih..



Can't Help Falling In Love With You

Friday, 11 September 2015
wise men say only fools rush in
but I can't help falling in love with you
shall I stay?
would it be a sin?

if I can't help falling in love with you
like a river flows surely to the sea
darling so it goes 
some things are meant to be
take my hand
take my whole life too
for I can't help falling in love with you 

like a river flows surely to the sea
darling so it goes
some things are meant to be
take my hand
take my whole life too
can't help falling in love with you
can't help falling in love with you


coretan hatiku~

Monday, 7 September 2015
Sukar bagi diriku untuk menerima kenyataan hidupku sekarang. Bagaikan tidak ku percaya. Inilah yang dinamakan permainan takdir. Umurku kini 19 tahun. Pada mulanya, semasa umur saya 18 tahun ingin sekali ku merasai kehidupan di asasi. Tetapi apakan daya hanya matrikulasi sahaja tempat pilihan yang aku ada. Itu semua bukanlah halangan bagi diriku. Aku teruskan sahaja dengan rasa gembira dan hati yang terbuka. Tetapi hari demi hari kehidupan di matrikulasi semakin sukar untuk ku tempuhi. Hal ini kerana masa belajar di sana sangat terhad dan aku mengambil aliran sains. Sebelum mendapat keputusan matrikulasi aku juga sedang menunggu keputusan untuk temuduga calon guru. Aku memang tidak mengharapkan aku mendapat keputusan itu. Ummi yang beria-ia supaya aku dapat memasuki IPG.

Apabila merasai kehidupan di matrikulasi aku memang dengan rela hati inginku meniggalkan kehidupan di matrikulasi. Tetapi apakan daya, rezekiku tiada pada masa itu. Keputusan temuduga calon guru tidak ku lepasi. Itu semua bukan penghalang untuk meneruskan kehidupan. Dengan tekad dan azam yang kuat, dengan mempositifkan yang negatif aku dapat meneruskan kehidupan yang sukar di sana. Tidaklah teruk mana kehidupan di sana apabila sudah membiasakan diri. Akhirnya dapat juga aku meneruskan sehingga tamat pengajian di matrikulasi. Apabila sudah menamatkan pengajian di matikulasi, pemikiranku hanyalah tertumpu pada aliran yang diambil semasa berada di sana iaitu aliran sains. Keputusanku bolehlah dianggap baik walaupun bukan cemerlang.

Sungguh, aku meletakkan harapan yang tinggi untuk meneruskan dalam jurusan sains. Tetapi apakan daya, ibubapaku inginku menjadi seorang guru. Hal ini disebabkan oleh faktor mereka adalah seorang pendidik. Jadi mereka ingin salah seorang daripada anak mereka mengikuti jejak langkah mereka dan anak pilihan itu adalah aku. Mereka tahu bahawa aku akan mengikut apa sahaja yang mereka inginkan. Apabila aku dapat tawaran untuk meneruskan pengajian di Institusi Pendidikan Guru (IPG) mereka sangat gembira. Tetapi sebaliknya pula bagiku. Begitulah yang berlaku semasa aku pergi untuk sesi temuduga. Aku merasakan yang aku bermain-main semasa interview. Aku tidak interview dengan betul-betul. Setiap malam aku memikirkan betulkah pilihanku? Inikah takdirku? Pilihan yang sukar untuk dijawab. Apakan daya, dalam keterpaksaan aku merelakan. Andai itu takdirNya. Keputusan ini sangat memberi impak kepada jiwa dan ragaku. Perasaan bercampur baur wujud dalam diriku. Lebih-lebih lagi kos yang diterima adalah kos pendididkan khas. Jauh daripada pilihanku menginginkan kos sains.

Semasa hari pendaftaran hanya senyuman plastik yang dapat aku lemparkan kepada kedua ibu bapaku. Biarlah mereka mengetahui aku gembira berada disini. Biarkanlah. Tetapi hanya Allah sahaja yang tahu perasaanku. Perasaan yang tak dapat diungkapkan dengan perkataan dan betapa sakitnya memberi senyuman itu. Aku tidak memberitahu rakan-rakanku yang aku memasuki IPG. Hanya sahabat terdekat sahaja aku beritahu dan meminta sokongan serta nasihat supaya aku terus kuat berada di sini.

Jangkaanku apabila sampai di sini adalah tempat ini suatu tempat yang membosankan. Tempat di mana aku merasakan asrama bagaikan tidak ceria. Tiada apa yang menarik bagiku disini. Semuanya bagaikan ada sahaja yang tidak kena. Begitulah jika hati tiada di sini. Hatiku hilang terbang entah ke mana tetapi yang pasti bukan di IPGKPM. Hatiku hilang. Apabila sudah menjalani minggu orentasi aku cuba untuk mencari keceriaan itu sendiri. Dengan itu dapatlah diri ini merasakan sedikit aura keceriaan. Aura di mana sukar untuk mendapatkannya di IPG lain. Aura yang meletakkan Allah sebagai nombor 1 sebelum perkara lain.

Semasa minggu orentasi kami diwajibkan menghafal satu lagu iaitu lagu Institut Pendidikan Guru. Hanya dengan satu baris ayat iaitu “kami bangga menjadi guru” membuatkan mutiara hangat mengalir dipipiku. Aku sendiri tidak pasti mengapa. Pelik bukan? Itulah yang berlaku sepanjang minggu orentasi semasa mendengar baris tersebut. Tetapi aku gagahi jua perasaanku dengan satu rangkap ayat yang aku kurang pasti dimana aku dapati yang berbunyi:

This world is design to break your heart,
It is design that way,
If you’re looking to be happy in the dunya,
You’re in the wrong place..

Ayah menyuruhku membuat solat istikharah untuk menetapkan hati disini. Dan sepanjang minggu orentasi jugalah aku melakukan solat istikharah. Aku mula memikirkan mungkin ini adalah yang terbaik untuk diriku. Heart can change right? Itulah ayat yang mula bermain difikiranku.

Minggu orentasi adalah minggu yang memenatkan. Tiada dalam sejarah yang mengatakan bahawa minggu orentasi adalah minggu yang tidak memenatkan. Pada minggu orentasi, dapatku mengenali beberapa orang yang bakal menjadi rakan seperjuanganku sepanjang 5 tahun tempohku berada disini. Suatu jangka yang mungkin nampak lama tetapi singkat. Walaupun hati masih memprotes untuk meneruskan pengajian di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka, tetapi tetap ku menabahkan hati untuk meneruskan minggu orentasi dan meneruskan perjuanganku yang baru sahaja hendak bermula. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku terhadap diriku. “Allah tidak akan menguji hambaNya selain daripada kemampuan dirimu”. Tidak dinafikan, lama kelamaan hatiku bagai sudah terpaut dengan kos yang ku ambil. Mungkin ada baiknya, kerana mengajar kanak-kanak istimewa ini tidaklah kaya di dunia, tetapi kaya di akhirat. Alhamdulillah.


Cita-cita ku selepas ini adalah untuk meneruskan pengajianku di sini sehingga tamat dan bercita-cita untuk menjadi seorang pendidik yang berjaya menawan hati pelajarnya dan dikasihi pelajar dan masyarakat skeliling serta manjadi pendidik yang berdisiplin. Bukan itu shaja malah saya ingin menjadi seorang pendidik yang berfikiran kreatif dan inovati serta seorang guru yang serba boleh selain menjadi seorang khalifah di atas muka bumi ini. Walaupun hatiku boleh dikatakan belum sepenuhnya di sini, ingin ku mencuba untuk melakukan yang terbaik untuk masa depanku dan untuk kebahagiaan kedua ibu bapaku yang amat dikasihi. Terima kasih atas takdirMu. Seandainya inilah jalan yang terbaik untukku, maka tetapkanlah hatiku disini. Aminn.

(s*r*n*e)

Element dalam diri mengikut tarikh lahir~~

Tuesday, 29 April 2014
RAHSIA PENGIRAAN TARIKH LAHIR METAFIZIK
CARA PENGIRAAN TARIKH LAHIR
Misalnya : 22 Disember 1996 bersamaan dalam angka 22/12/1996
pengiraannya ialah:

(2+2) + (1+2) , (1+9) + (9+6) ;
 4 ) + ( 3 ) , ( 1+0=1 ) + ( 1+5=6 )
 7 ) + ( 7 )
 7+7 = 14 = (1+4) = 5 )
=(5) ini adalah nombor asas bagi tarikh lahir di atas..iaitu nombor 5.
keputusannya ialah : memiliki nombor asas 5 
Nombor Asas adalah 1. 
Elemennya adalah Logam.
Anda adalah seorang “leader”. Mempunyai kekuatan diri dan sentiasa berfikiran positif. Teliti dalam melakukan sesuatu perkara.Mempunyai kebolehan dan kebijaksanaan untuk melakukan sesuatu perkara.
Sentiasa berada di hadapan dan selalu menjadi pemimpin dalam sesuatu kumpulan, persatuan dan sebagainya. Boleh berdikari, tegas dan mempunyai cita-cita yang tinggi. Keyakinan diri yang tinggi dan suka bebas.
Ceburilah bidang yang anda minati dan akan membuahkan hasil yang baik kerana kejayaan adalah milik anda. Anda bersungguh-sungguh melakukan sesuatu yang anda minati.
Yang tak bestnya adalah anda tidak mudah jadi pengikut, sebab anda mempunyai sifat ketua dan kepimpinan. Anda dilihat sebagai diktator dan kurang berdiplomasi.
Anda mahukan pengikut/orang sekeliling anda setia dengan anda. Mementingkan diri sendiri dan tidak mudah menerima kritikan.

Nombor Asas adalah 2,
Elemen adalah Air.
Dua adalah simbol untuk 2 perkara, 2 situasi, 2 benda dan 2 pilihan dimana anda perlu membuat keputusan salah satu daripadanya.
Anda mempunyai kebijaksanaan dengan idea yang bernas, tetapi tidak mempercayai kebolehan diri sendiri. Anda adalah ’follower’, pembantu yang bagus, kawan yang ideal, pengikut yang baik dan pekerja yang bagus. Seorang yang penyayang, pemaaf dan lembut hati membuatkan anda adalah teman yang sempurna.
Dua perkara yang membuatkan anda mudah mencapai apa yang anda inginkan adalah dengan cara diplomasi dan kebijaksanaan. Kunci kejayaan anda adalah bekerjasama dengan orang lain yang memberikan anda halatuju dan arahan.
Yang tak bestnya adalah anda tidak mempercayai kebolehan sendiri. Sukar untuk membuat keputusan yang muktamad dan mudah ”confuse” untuk membuat keputusan. Disebabkan anda lembut hati, anda tidak tahu mengatakan “tidak” kepada orang lain. Anda juga mudah dipengaruhi oleh orang lain.

Nombor Asas adalah 3, 
Elemen adalah Api.
Anda dikaitkan dengan karektor “serba boleh (all-rounder)”. Nombor tiga adalah nombor segitiga, iaitu simbol kepada manusia yang mempunyai anggota badan, jiwa dan roh. jadi, anda lebih kepada kerohanian, kekuatan pegangan adat kekeluargaan, peraturan turun temurun atau agamanya.
Anda dilihat sebagai agresif, kreatif, mudah bersosial, mudah mesra, pandai berjenaka, ceria selalu dan mudah bergaul. Juga, kebolehan berfikir dengan baik.
Mempunyai kelebihan lisan/bercakap, yang boleh digunakan dalam bidang penulisan, percakapan dan lakonan. Mudah mengekspresi pandangan dan perasaan anda terhadap sesuatu.
Yang tak bestnya, anda jarang dapat menghabiskan atau menyudahkan sesuatu perkara/projek. Juga anda suka cakap lepas tanpa berfikir dan boleh menyebabkan orang lain terganggu.

Nombor Asas adalah 4
dan Elemen adalah Kayu
Analisa Umum:
Individu bernombor 4 adalah seorang yang mahu membina sesuatu berdasarkan logik dan asas yang kukuh. Nombor ini juga menggambarkan “Perancangan”. Tidak suka membuat sesuatu dengan sambil lewa. Mengambil berat kepada butiran terperinci.
Anda juga tekun bekerja, mampu bersabar, bekerja keras dalam sesuatu tugasan, sangat peka dan tradisional. Suka kepada perkara yang mempunyai sistem, logik dan praktikal. Anda juga boleh fokus dalam sesuatu walaupun orang lain sudah hilang tumpuan.
Anda adalah seorang yang loyal (setia) dan konservatif.
Yang tak bestnya, anda suka simpan sendiri, berfikiran sempit, cemburu, amat degil dan suka menggunakan cara sendiri tanpa menghiraukan pandangan orang lain. Terlalu menitik beratkan perkara-perkara remeh sehingga tidak melihat secara keseluruhan sesuatu perkara.
Individu bernombor empat ini perlu mengambil kira pandangan orang lain dan berterus terang dalam sesuatu perkara itu.
Potensi dan Kapasiti Berdasarkan Nombor Kombinasi
Individu bernombor empat ini perlu mengambil kira pandangan orang lain dan berterus terang dalam sesuatu perkara itu

Nombor Asas adalah 5.
Elemen adalah Tanah
Individu ini mempunyai tenaga dan semangat yang amat kuat. Sentiasa mahukan perubahan yang berterusan. Suka mencuba perkara baru dan melakukan perubahan mengikut cara yang luar dari kebiasaan.
Amat bangga dengan kebebasan dan sentiasa teruja dalam melakukan sesuatu perkara. Sangat rajin dan akan mencapai kejayaan di kemudian hari.
Sentiasa sibuk mencari sesuatu kerana merasakan dunia ini adalah sekolah. Individu ini juga memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap pengalaman yang diterima.
Berkarisma, boleh memimpin dan selalu menjadi “centre of attraction”. Tak suka berangan-angan.
Tetapi, anda juga adalah yang suka “boasting” atau “jual minyak”. Anda juga seorang yang degil, keras kepala, emosional dan pemarah. Anda juga mempunyai perasaan tidak tenteram, tidak puas hati serta perasaan terlampau inginkan perubahan yang berterusan dan tidak tetap dalam melakukan sesuatu.
Individu nombor “5″ ini sepatutnya lebih relaks, tidak cerewet dalam isu-isu kecil, melihat sesuatu dengan teliti serta menimbangtara semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sebarang keputusan. Dengan cara ini, individu ini akan menjadi seorang yang dihormati oleh semua orang.

Nombor asas adalah 6
dan elemen adalah Logam/Besi
“Penyesuaian Diri” adalah cara anda untuk mendapatkan apa yang diinginkan. Anda “terror” untuk adjust dalam setiap perkara.
Anda selalu memainkan peranan “pendamai” kerana anda mempunyai kefahaman dan kesabaran untuk melihat dua pihak yang bertelagah untuk mencapai persefahaman atau perdamaian.
Cinta merupakan kekuatan anda, apatah lagi anda adalah seorang yang mementingkan keadilan dan saksama. Rumah dan kekeluargaan merupakan titik tolak untuk kebahagiaan anda. Paling produktif, berorientasikan keluarga dan keluarga yang hadir selepas perkahwinan seperti anak-anak, adik-beradik dan saudara mara.
Nombor enam mewakili kesenangan atau kekayaan. Tidak suka pada kemalasan dan membuat sesuatu secara lewa.
Yang tak bestnya, anda adalah seorang yang degil, suka mengarah, terlalu mahukan ketepatan dan membuat sesuatu yang sukar diterima akal. Dan dalam melakukan sesuatu, anda akan buat sekiranya ada benefit ataupun kepentingan.

Nombor asas adalah 7. 
Elemen anda adalah AIR
Individu yang bernombor 7 (tujuh) ini adalah ”Pencari” . Seorang yang terlampau suka berfikir dan cenderung untuk mengkaji diri sendiri. Anda akan menyelidik sesuatu perkara dengan mendalam untuk mengetahui sebab musabab ianya berlaku.
Ada kekuatan “6th Sense”. Sukakan “originality”. Merupakan pemikir, sukakan kedamaian, sukakan ketenangan, suka kesempurnaan dan penganalisa yang hanya akan menerima sesuatu berdasarkan fakta. Sukar untuk menerima sesuatu dengan mudah.
Penuh dengan belas kasihan, penuh dengan sifat membantu, punya minda yang baik dan mampu untuk mengumpulkan pengetahuan dari semua bidang.
Yang tak bestnya, anda adalah seorang yang “sensitif”, “berangin” dan suka “berahsia” yang tidak membantu imej anda secara luaran. Orang menganggap anda adalah seorang yang tidak mempunyai perasaan (cold) dan ini menyebabkan anda tidak mudah untuk menjalinkan perhubungan taupun persahabatan. Anda boleh bertindak kejam jika anda berada dalam mood yang salah.

Nombor Asas adalah 8.
Elemen adalah Api
Anda sentiasa mencari sesuatu. Mempunyai kebolehan dalam menguruskan sesuatu jabatan, perniagaan, projek, tugasan ataupun institusi kekeluargaan. Sekiranya anda sudah berkahwin, sudah semestinya anda pandai menguruskan keluarga.
Anda mempunyai perancangan yang hebat dan amat gemar akan suasana kehidupan yang baik. Seorang yang bertanggungjawab, tabah, waras, adil, berterus terang, penilai yang baik, tegas dan kuat bekerja.
Terkenal, kuasa dan bernasib baik adalah tiga perkara yang sentiasa mengelilingi anda. Anda juga seorang yang materialistik.
Tetapi, yang tak bestnya adalah disebabkan anda sentiasa tercari-cari dan sibuk melihat-lihat sesuatu, anda kadang-kadang tidak tahu apa yang anda cari sebenarnya. Jadi, berhati-hatilah untuk tidak membuang masa melayan perkara-perkara yang tidak bermanafaat atau berfaedah.
Huraian Nombor Kombinasi Di Piramid Nombor:
336, 189 dan 786

Nombor asas adalah 9
Elemen adalah Kayu
Anda mempunyai kebolehan sebagai “penghibur”. Anda adalah seseorang yang sensitif, mudah memahami dan cepat respon kepada orang lain, suasana, sikap, bunyi dan personaliti. Mempunyai minat yang mendalam dengan sesuatu yang berkaitan dengan perkara ghaib, magik ataupun mistik.
Anda seorang yang gagah, boleh dipercayai dan boleh diharap, serta menanggung beban tanpa sungutan. Seorang yang cintakan sesama manusia dan sentiasa berhasrat untuk menolong orang lain. Juga, tekun dalam membuat sesuatu dan sentiasa berusaha walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan kekecewaan.
Anda juga mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga sukar orang lain memahaminya dan terpedaya dengannya. Anda boleh berubah menjadi seorang yang sangat bersemangat, teruja atau menjadi seorang yang depresi ataupun muram.
Yang tak bestnya, anda mudah berputus asa apabila bertemu halangan dalam melaksanakan sesuatu. Oleh itu, anda perlu belajar mengawal emosi secara bijak melalui pemahaman prinsip kejayaan, falsafah, metafizik dan kaedah kekuatan kerohanian yang lain**